Tahun 2010 sudah memulakan langkahnya untuk kita mematangkan diri. Tetapi ingat! selangkah kita menghadapi tahun-tahun mendatang smekain dekat akan kita kematian. Sedarlah, walau di mana juga kita berada, kita harus ingat bahawa malaikat maut sentiasa mengira detik untuknya menjemput kita berjumpa Ilahi. Marilah muhasabah diri kita agar kita sentiasa sedar akan kesilapan. kadang-kadang kita banyak menyakitkan hati seseorang itu tetapi kita sering lupa kita banyak sekali menyakiti Allah S.W.T. Kita langgar perintahnya tanpa kita memikirkan sebab dan akibat. ketahuilah, dunia ciptaan Allah ini hanya mainan wayang yang bersifat sementara tetapi akhirat jualah yang kekal buat selama-lamanya. Ayuh kita kejar kejayaan dunia namun jangan kita abai akan kejayaan kita di akhirat kelak. Itulah amalan kita. Allah tidak akan bertanya di dalam kubur berapakah pendapatan yang kita perolehi tetapi apa yang Allah tanya ialah berapa banyakkah amalan agama yang kita lakukan sepanjang yang kita lakukan di dunia. Marilah kita bersama-sama dalam mencari kemanisan iman. Sabda nabi, iman sebesar zarah wajib syurga untukknya. Jadi, pikir-pikirlah. Itulah impian dan tujuan kita menemukan destinasi cinta kita yang sebenar. Saya bukan arif tetapi sedarlah wahai umat Islam, kita hidup bersaudara. Sentiasalah tegur menegur sesama kita supaya kita sentiasa ingat kepadanya.
Isnin, Januari 18, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan