CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Saya dan rakan-rakan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Berubahlah sebelum kita masih ada masa untuk melakukannya. Pasangkan azam dan harapan baru kita untuk menempuh kehidupan baru serta tingkatkan prestasi kita untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar ini. Marilah kita perbaiki segala sikap kita yang lemah pada tahun yang lalu supaya membuatkan kita lebih matang dan lebih bersikap positif dalam asam garam kehidupan supaya kita tidak menyesal kelak. Sebagai manusia biasa, bangunlah! Ayuh kita capai hasrat dan impian baru pada tahun 2010 ini!

Ahad, November 29, 2009

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga Hari Raya Haji kita kali ini diberkati oleh Allah S.W.T. Marilah sama-sama kita selami erti pengorbanan demi membentuk jati diri ummah yang utuh kelak! Insyaallah..

Khamis, November 05, 2009

Selamat Menghadapi PMR, SPM dan Perperiksaan Semester 1

Kepada semua pelajar SMKAB dan rakan-rakan. Saya mengucapkan enjoy our examination weeks k! Semoga kalian mendapat keputusan yang gemilang nanti. Insyaallah!

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum kepada semua mantan-mantan pengawas 2008, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mulbarak. Semoga Ramadhan pada kita pada kali ini meningkatkan ketakwaan kita kepada Ilahi di samping kita berpuasa. Insyaallah!!!

Jumaat, Julai 10, 2009

Ucapan Penghargaan

Sekalung Tahniah kepada ahli-ahli pengawas khususnya dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 amnya kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi.

Semoga anda terus sukses dalam bidang yang diceburi!

Rabu, Mei 27, 2009

Senarai Ahli Lembaga Pengawas 2008 Yang Melanjutkan Pelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi

SENARAI SEBAHAGIAN AHLI LEMBAGA PENGAWAS 2008 KE IPT/MATRIKULASI
1. Nur Jannatul Naimah bt. Zainalabidin - Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
2. Mohammad Aliff bin Mustapha - UTHM (Diploma Kejuruteraan Mekanikal)
3. Muhammad Shaharuddin bin Shafiee - UniKL (GMI - Diploma Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)
4. Nur Akma Azzlyna bt. Dzainal - Matrikulasi Negeri Sembilan (Sains Hayat)
5. Siti Noor Aishah bt. Ngadimin - Matrikulasi Tangkak (Sains Fizikal)
6. Siti Zahura bt. Zakbar - Tingkatan 6 (SMKB)
7. Zainiq bin Zulnuraini - Institut Perguruan Tawau, Sabah
8. Ahmad Muzaini bin Yusupah - Politeknik KPTM Port Dickson (Diploma of Civil Engineering)
9. Nurabilah bt. Abu Bakar - Tingkatan 6 (SMKSP)
10. Nursyafiqah bt. Abd Rahman - Tingkatan 6 (SMKSP)
11. Mohd Noor Iddham bin Isa - Kolej SEGi (Diploma Kejururawatan)
12. Halimahtun Saadiah bt. Abd Raman - Kolej RISDA (Serdang, Selangor)
13. Nur Adila bt. Sukeri - Tingkatan 6 (SMKSP)
14. Tang Winnie - Kolej KISAS Pahang
15. Rohaizat bin Ismail - Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Khamis, Mac 12, 2009

SPM Result

Hari ini adalah hari yang paling dinantikan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2008 kerana keputusan SPM diumumkan.
Tahniah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 terutama sekali pengawas-pengawas kerana telah menunjukkan keputusan yang amat memberangsangkan.
Semoga berbekalkan keputusan yang kita perolehi, kita akan lebih berjaya lagi dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat serta mendapat kejayaan yang kita inginkan.