Kepada semua pelajar SMK Ayer Baloi, diharapkan anda tidak begitu bimbing dan khuatir akan peristiwa yang berlaku di sekolah baru-baru ini. Laman blog ini dibina bukan sahaja untuk Pengawas Tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah kita pada tahun depan tetapi juga akan memberikan input-input terkini tentang sekolah dan maklumat-maklumat terkini dunia pendidikan. Bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM yang bakal menduduki perperiksaan tidak lama lagi, buat sehabis baik. Tolong jangan malukan sekolah buat kali kedua. Buktikan yang kita mampu untuk menyahut cabaran ini untuk berada sekurang-kurangnya ditiga tangga terbaik sekolah-seklolah daerah Pontian. Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa sekolah sendiri sekarang banyak mengalami masalah dengan kejadian histeria tetapi kita jangan patah semangat. Kuatkan semangat dan iltizam untuk megubah persepsi diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik dan berguna pada nusa dan bangsa. Mungkin setiap perkara ada hikmahnya begitu juga apa yang berlaku di sekolah. Usahlah kita menunding jari meyalahkan pihak lain tentang apa yang berlaku. Sebaliknya, cuba kita renung bersama dan bemuhasabah diri kita. Adakah kita ini banyak melakukan kesalahan sebelum ini? Sebagai insan yang lemah, kita jangan putus harapan untuk memhohon kekuatan daripada Allah. Yakinlah atas kewujudan-Nya, tiada makhluk yang mampu menandingi-Nya. Oleh itu, jadilah insan yang merdeka jiwanya, mentalnya dan fizikalnya daripada belenggu ketidakstabilan emosi dan kelunturan rohaniah. Sebagai seorang pelajar, kita perbetulkanlah niat kita dahulu sebelum melangkah pergi ke sekolah. Fokuskan minda untuk menuntut ilmu bukan untuk berfoya-foya. Sekarang ini bukan masanya kita untuk berfoya-foya tetapi menjadi seorang hamba Allah yang tidak serik-serik menuntut ilmu kerana-Nya. Nescaya, kita terhindar daripada hasutan dan godaan jin dan syaitan. Memetik kata-kata Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, "...perjuangan kita belum selesai...". Semoga kita mempunyai semangat baru unuk terus mengecapi kecemerlangan di dunia dan di akhirat kelak sebagai generasi yang bakal membarisi dan mewarisi tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah...
Sabtu, Ogos 30, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)